'Saya tak paksa orang beli, cuma buat syarat untuk jaga rezeki orang seiring dengan rezeki saya' - Kieda Crepe - The Reporter

‘Saya tak paksa orang beli, cuma buat syarat untuk jaga rezeki orang seiring dengan rezeki saya’ – Kieda Crepe

Kieda

Susulan isu mengenai status penjualan sistem vendor yang telah diperjelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus, ramai yang memberikan respon dengan merujuk kepada usahawan Kieda Crepe.

Walau bagaimanapun, Kieda menerusi hantaran di TikTok menjelaskan dia tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk membeli barangan di kedainya. Sebaliknya peraturan atau syarat yang dikenakan itu sudah ditulis dan digantung sejak tahun 2022 lagi.

Berdasarkan syarat tersebut, terpampang ayat yang menyatakan ‘kedai support vendor, baru support Kieda’. Setiap pembelian RM20,RM50 dan RM70 pembelian vendor, baru pembeli dapat membeli beberapa item lain di kedai tersebut.

“Tak ada team yang turun tarik baju paksa beli di kedai Kieda. Kalau okay dengan rules, naik terus. Kalau rasa tak okay, u-turn balik.

“Tak ada erti tak sah sebab saya bukan baru beritahu support vendor ni waktu customer nak bayar di kaunter.

“Ulamak tak salah, netizen pun tak salah. Kieda je yang salah sebab jaga rezeki orang, tak fikir customer,” tulisnya.

Seakan kecewa dengan kecaman yang ditujukan buatnya, Kieda berharap jika tidak mampu untuk menyokong perniagaannya, cukup sekadar doa bagi dia meneruskan apa yang diusahakan bagi membantu peniaga di luar sana.

“Jangan rasa terpaksa sebab saya tak ada paksa orang. Saya cuma buat syarat saya sebab rumah saya ni ramai rezeki yang ada, jadi saya ketua rumah takkan jaga periuk nasi saya sahaja. Saya jaga rezeki orang seiring rezeki saya,” katanya.

Sumber: KiedAmy

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!