'Tuntut cerai sebab tiada lagi persefahaman' - Peguam Fazura nafi dakwaan curang | The Reporter

‘Tuntut cerai sebab tiada lagi persefahaman’ – Peguam Fazura nafi dakwaan curang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Peguam Syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan, menjelaskan anak guamnya memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin, bukan kerana curang seperti yang didakwa oleh ‘bodyguard’ sebelum ini.

Menurut Fakhrul, tuntutan perceraian itu adalah kerana tiada lagi persefahaman di antara anak guamnya dengan Fattah. Malah katanya, kedua-dua pihak tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kehadiran orang ketiga dan sebagainya.

“Malah dalam permohonan cerai yang dibuat, tiada langsung menyebut isu berkaitan curang. Sebaliknya antara meerka tiada persefahaman.

“Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak,” katanya.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menangguhkan kes perceraian Nur Fazura dan Fattah Amin ke 7 Oktober ini, susulan menerima cadangan baru daripada defendan (Fattah) yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.

Fakhrul bagaimanapun enggan mendedahkan butiran cadangan tersebut, namun menegaskan ia bukan melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pasangan Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Harian Metro

Related Posts