Tun M angkat sumpah sebagai PM hari ini

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdana menteri Pakatan Harapan (Harapan) akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini susulan kemenangan mereka dalam PRU14.
Dalam sidang media yang penuh sesak pada kira-kira 3 pagi tadi, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan bagaimanapun tidak menyatakan pada pukul berapa upacara angkat sumpah itu akan diadakan.
Dr Mahathir berkata selepas upacara angkat sumpah itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan semua empat presiden parti komponen Pakatan Harapan untuk membincangkan barisan Kabinet yang baharu.

Beliau turut mengumumkan Khamis dan Jumaat sebagai cuti umum seperti dijanjikan oleh Pakatan Harapan sebelum PRU14.

“Saya telah mengarahkan ketua setiausaha negara untuk mengumumkan Khamis dan sehari selepas itu sebagai cuti umum,” kata Dr Mahathir dengan disambut sorakan oleh hadirin. – Bernama
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!