'Tol percuma dari 11 mlm - 5 pagi, tahniah pengunjung kelab malam, GRO dan pelacur' - Reaksi netizen tetapi ditegur oleh lelaki ini - The Reporter

‘Tol percuma dari 11 mlm – 5 pagi, tahniah pengunjung kelab malam, GRO dan pelacur’ – Reaksi netizen tetapi ditegur oleh lelaki ini

Sabtu lalu, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada dan sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari. 

Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu “Off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi, di mana penggunaan lebuh raya adalah percuma. 
Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa. 
Lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART. 
Perkara itu selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, serta mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya. 
Hasil kutipan caj kesesakan tersebut akan digunakan untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman. 
Bagaimanapun, bekas perdana menteri Najib Razak menyindir cadangan kerajaan itu. 
“Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari jam 11 malam hingga 5 pagi. Ini bermakna, kalau tak nak bayar tol, sila bangun pukul 4 pagi dan pergi kerja (sebelum) 5 pagi. 
“Lepas kerja jangan balik dulu, tunggu 11 malam baru balik. Lim Guan Eng bukan suka kaji berapa ramai yang guna UTC (Pusat Transformasi Bandar)?
“Kenapa tak kaji berapa ramai pergi kerja 5 pagi dan balik 11 malam? Kata nak bantu kurangkan kos sara hidup,” sindirnya dalam catatan di Facebook.
“Siapa yang ajar teori hapus tol ini? (Menteri Pendidikan) Maszlee (Malik) ke?” sindirnya lagi.
Setiausaha Agung MCA Chew Mei Fun pula berkata, cadangan itu hanya akan menggalakkan aktiviti lumba haram sahaja. 
Di media sosial, beberapa netizen tidak ketinggalan menyindir cadangan kerajaan dan menyifatkan pengumuman itu hanya memberi manfaat kepada pengunjung kelab malam, GRO dan pelacur. 
Tidak bersetuju dengan komen-komen seperti itu, ada netizen yang tampil membidas golongan berkenaan. 

“MANSUH TOL 11 MLM – 5 PAGI HANYA UNTUNGKAN KAKI KELAB MALAM, GRO & PELACUR”

(Pembangang hujah sebegini sbb xpernah pikir ramai yg kerja malam supaya kehidupan kita boleh berlangsung seperti biasa)

Baca sampai habis. pic.twitter.com/GtdsCuU0h9

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


1. Pagi-pagi breakfast sblm kerja:

Rasanya siapa bangun waktu subuh beli bahan, potong sayur daging dan masak supaya org kerje pagi boleh beli sarapan?

GRO & pelacur? pic.twitter.com/QghfLL58WY

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


2. Sementara itu, isteri atau ibu ke pasar beli sayur beli daging ikan:

Rasanya siapa yg bangun waktu subuh bawa lori, angkut sayur daging ikan ke pasar supaya pengunjung pasar boleh beli?

GRO & pelacur? pic.twitter.com/oa1wtHIXMD

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


3. Lepas breakfast driving ke tempat kerja, jalanraya elok:

Rasanya time jalan berlubang siapa tampal jalan pada waktu malam supaya trafik sebelah siang berjalan lancar?

GRO & pelacur? pic.twitter.com/8F1hq8G99Z

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


4. Selesai kerja, dinner atau lepak dengan kawan2 atau keluarga di kafe/restoran:

Rasanya siapa yang bersihkan meja, lap lantai, basuh pinggan, bersihkan dapur, kemudian tutup kedai & balik rumah pukul 11 mlm/12 mlm/1 pagi?

GRO & pelacur? pic.twitter.com/UoZCrkgc2Z

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


5. Kenyang. Time to balik rumah. Eh! Kejap. Kereta tak cukup petrol kene isi dulu:

Rasanya yang jaga stesen Petronas Shell Petron Caltex shif malam siapa?

GRO? Pelacur? pic.twitter.com/EBspcY6FtG

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


6. Lepas tu balik rumah sekeluarga nak mandi:

Rasanya siapa sedang on-call kalau kalau bekalan air terputus ke, paip air bocor ke?

GRO & pelacur? pic.twitter.com/KMM7fojCh2

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


7. Lepas mandi ada sedikit masa diluangkan dengan family, WhatsApp dengan kawan2, main Fesbuk Twitter, sembang dengan ibubapa kat kampung:

Rasanya siapa sedang on-call bagi memastikan bekalan elektrik ada, internet tak putus, server tak down?

GRO & pelacur? pic.twitter.com/X3NKHngyKt

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


8. Kalau tetiba berlaku kebakaran nanti nak minta pihak berkuasa bantu:

Rasanya kene calling calling siapa yg standby kat balai bomba?

GRO & pelacur? pic.twitter.com/eWm7jRSehL

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


9. Ataupun alamak, tetiba ada kecemasan, sakit perut, demam, sakit, pengsan:

Rasanya siapa bawa ke klinik/hospital, sesampainya ke klinik/hospital ada siapa kat sana?

GRO & pelacur? pic.twitter.com/L5eiaii6lk

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


10. Kalau rumah tak terbakar, tak masuk klinik/hospital, alhamdulillah semuanya seperti biasa. Bolehlah tidur dengan rasa aman & selamat:

Rasanya siapa yg sedang meronda, on-call kat balai polis supaya sekeluarga tidak disamun tidak dibunuh tidak dirompak?

GRO & pelacur? pic.twitter.com/rxdNoc4sjV

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019


Beginilh kehidupan seharian kita.

Aman, selamat, selesa, berlangsung sprti biasa…. sbb ramai sdg bekerja mlm. Mereka mncari pndapatan halal, tp ada yg seringkali lupa kita senang sbb ada yg sdg brkorban.

Ada je puak pembangang kata mereka kaki disko, GRO & pelacur.

-end-

— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019

Apa pula pandangan anda? Adakah anda setuju dengan cadangan pelepasan tol pada empat lebuhraya terlibat bermula dari jam 11 malam hingga 5 pagi? 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!