TikToker Rayyan Wong ditahan polis, disyaki hina Institusi Diraja | The Reporter

TikToker Rayyan Wong ditahan polis, disyaki hina Institusi Diraja

TikToker hina Institusi Diraja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


TikToker Rayyan Wong ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai memuat naik kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor, dan Perdana Menteri di akaun TikTok miliknya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan bahawa tindakan itu diambil susulan laporan daripada pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kandungan tersebut.

“Semalam sekitar jam 4.30 petang, pengadu mendapati kenyataan yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ryanwong_5845 bersifat jelik dan dipercayai bertujuan menyakitkan hati, memperlekeh serta menghina Institusi Diraja.

“Kandungan itu juga dilihat mampu mencetuskan kebencian serta provokasi yang mengancam keselamatan awam dan keharmonian negara,” katanya.

Dalam operasi itu, polis turut merampas telefon pintar jenis Galaxy Z Flip 5 yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Siasatan masih berjalan, dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Sumber: Harian Metro

Related Posts