Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat khas pada Jumaat ini bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Memetik laporan Urus Setia Penerangan Darul Iman, solat hajat khas berkenaan akan diadakan selepas Solat Jumaat di semua masjid, manakala surau pula akan melaksanakannya selepas Solat Isyak pada 24 Julai bersamaan 9 Safar 1448 Hijrah.
JHEAT memaklumkan solat hajat berkenaan diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Sultan Mizan dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.
Baca juga:
- Semua masjid, surau di Terengganu diarah adakan solat hajat khas untuk Sultan Mizan
- Isu warga Israel: Kongres AS tekan Washington kaji semula hubungan dengan Malaysia
- Pergaduhan murid tular: JPWPKL tiada kompromi terhadap salah laku keganasan
Sehubungan itu, JHEAT turut meminta kerjasama semua pihak, khususnya jawatankuasa pengurusan masjid dan surau di seluruh Terengganu, supaya melaksanakan arahan berkenaan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.
“Solat hajat berkenaan diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Sultan Terengganu dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.
“JHEAT turut meminta kerjasama semua pihak, khususnya jawatankuasa pengurusan masjid dan surau, supaya melaksanakan arahan tersebut mengikut ketetapan yang ditetapkan serta mengajak orang ramai hadir bersama-sama menjayakan majlis berkenaan,” katanya.









