'Tidak perlu dibasuh, sebaliknya pad disunatkan untuk buang & ditanam' - Ustaz Azhar Idrus - The Reporter

‘Tidak perlu dibasuh, sebaliknya pad disunatkan untuk buang & ditanam’ – Ustaz Azhar Idrus

Gambar belakang sekadar hiasan (Artificial Intelligence)

Dalam Islam, penjagaan kebersihan adalah perkara yang terpenting. Secara tidak langsung juga dapat mengelakkan daripada terkena penyakit lain.

Kaum wanita ditekankan aspek penjagaan diri terutamanya apabila kedatangan haid. Setiap wanita yang mengalami haid dinasihatkan untuk kerap menukar tuala wanita bagi mengelakkan jangkitan.

Selain itu juga, tuala wanita tidak diharuskan untuk membasuh sebaliknya perlu ditanam.

Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, apa-apa darah daripada badan manusia disunatkan tanam walaupun sedikit.

https://www.tiktok.com/@sewakedaimydin/video/7324964458395077906?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7323881119455266305

“Hanya perlu buang dan ditanam. Tetapi jangan dibuang di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Menerusi beberapa perkongsian juga, cara pembuangan tuala wanita sebaiknya dibungkuskan dengan pembalut tuala wanita atau tisu sebelum buang di tempat yang dikhaskan.

Tindakan ini secara tidak langsung juga membantu mencegah penyebaran bakteria dan bau yang tidak menyenangkan.

Sumber: TikTok Mydin Office, Hello Doktor

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!