'Tiada keperluan wujudkan garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan agama lain' - PM - The Reporter

‘Tiada keperluan wujudkan garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan agama lain’ – PM

Garis panduan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan khusus mengenai pembabitan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain. Keputusan ini dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas mesyuarat Kabinet yang diadakan pagi tadi.

Perkara tersebut ujarnya akan dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Menurut Anwar, orang Islam di negara ini sudah memahami garis panduan yang perlu diikuti. Beliau memberi contoh kehadirannya ke acara tinjauan Thaipusam, yang bukan merupakan upacara keagamaan. Beliau turut menegaskan bahawa tidak perlu membesarkan isu ini sehingga menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.

“Saya berpendapat tidak perlu kerana orang Islam tahu garis panduan dia. Macam saya ke acara ini (tinjauan Thaipusam) saya bukan masuk upacara agama, Gobind Singh (Menteri Digital) dia sering ke masjid di kawasan dia tapi bukan upacara agama. Jadi kita biasa.

“Jadi jangan persulitkan, jangan menimbulkan kerisauan dalam masyarakat. Saya nak tegaskan keputusan muktamad Jemaah Menteri pagi tadi,” katanya.

Kepentingan kaum dan agama

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan memuktamadkan garis panduan khusus melibatkan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam.

Perdana Menteri menegaskan bahawa sebagai sebuah negara Islam, Malaysia juga harus menjaga kepentingan kaum dan agama lain bagi memastikan keharmonian terpelihara. Beliau menegaskan bahawa selagi akidah umat Islam dijaga dan peraturan dipatuhi, tidak ada masalah untuk menyantuni masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Apa yang perlu orang Islam jaga akidah dia…ada peraturannya. Ada yang tak boleh dilanggar tetapi untuk menyantuni masyarakat pelbagai kaum pelbagai agama itu tidak ada masalah selama ini.

“Kalau kita nak pastikan negeri ini aman kita kena jaga semua pihak, maknanya hari ini saya hadir ke sini ini upacara masyarakat India, saya bukan masuk kepada upacara agama Hindu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!