'Tak sah solat jika air liur basi terkena pakaian' - Ustaz Azhar Idrus - The Reporter

‘Tak sah solat jika air liur basi terkena pakaian’ – Ustaz Azhar Idrus

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Islam sangat menitiberatkan penjagaan kebersihan diri dan pakaian terutamanya ketika solat.

Justeru itu, umat Islam perlu peka dengan kebersihan agar solat dapat dilakukan dengan khusyuk dan tenang.

Dalam konteks ini juga, kadang kala kita terlepas pandang mengenai air liur basi yang disangka sah solat jika terkena pakaian.

Bagaimanapun menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, air liur basi dianggap suci selagi ia berada di dalam mulut. Namun, jika air liur basi terkena pakaian, ia dianggap najis.

“Air liur biasa daripada mulut dan air liur basi daripada perut dikategorikan sebagai najis.

“Jika air liur biasa terkena baju, sah solat. Tapi air liur basi, najis,” katanya.

Oleh itu, penjagaan yang teliti mengenai kebersihan diri perlu diamati bagi memastikan setiap solat kita sah dan diterima.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!