Ammar & Aras mohon maaf, mengaku buat cerita palsu untuk raih views & followers - The Reporter

Ammar & Aras mohon maaf, mengaku buat cerita palsu untuk raih views & followers

pempengaruh Malaysia buat kandungan palsu
Foto: Kumparan News

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dua pempengaruh media sosial Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras, memohon maaf kerana membuat kandungan palsu mengenai kehilangan rakan mereka, Eyka, di sebuah hutan di Bandung, Indonesia.

Permohonan maaf itu dibuat selepas video yang dihasilkan itu tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan ramai. Dalam video penjelasan mereka, Ammar dan Aras mengakui kandungan yang dibuat hanya sekadar hiburan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

“Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kami berjanji tidak mengulangi lagi,” kata mereka dalam video yang dikongsi kepada media Indonesia.

Ketua Polis Panyileukan, Kompol Kurnia, berkata kedua-duanya juga telah membuat permohonan maaf secara bertulis.

“Mereka tidak menyedari bahawa di Indonesia terdapat undang-undang mengenai penyebaran berita palsu. Mereka telah menandatangani surat kenyataan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut,” katanya.

Mengikut Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 berkaitan Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), sesiapa yang menyebarkan berita palsu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda sehingga 1 bilion rupiah (RM272,000).

Terdahulu, siaran langsung di TikTok mendakwa Eyka hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal di Bukit Embah Gatur, Kota Bandung. Bagaimanapun, polis mengesahkan dakwaan itu tidak benar dan dibuat untuk meningkatkan tontonan serta jumlah pengikut.

Eyka, 22, yang kononnya dikatakan hilang sejak tiga hari lalu, ditemukan selamat pada malam Rabu lalu sekitar jam 10 malam. Penemuan itu turut dikongsikan melalui siaran langsung di akaun TikTok @Arasz.

Sementara itu, Ammar Nazhan atau nama sebenarnya Ammar Nazhan Noralyadi, 29, mempertahankan kejadian tersebut dan mendakwa dirinya diganggu perkara mistik sepanjang berada di sana. Menurutnya, gangguan tersebut menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke lokasi lain.

Sumber: Kumparan News, Harian Metro

Total
0
Shares
Total
0
Share