Pertikai rakan sekerja kerap cuti jaga anak, kenyataan wanita undang kecaman netizen | The Reporter

Pertikai rakan sekerja kerap cuti jaga anak, kenyataan wanita undang kecaman netizen

Ibu menjaga anak yang sakit di rumah
Gambar janaan AI

Perkongsian satu rakaman panggilan telefon Hot FM yang membabitkan seorang wanita bersama penyampai radio, Fara Fauzana dan AG, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi panggilan itu, wanita berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang rakan sekerja yang didakwa kerap mengambil cuti atas alasan menjaga anak.

Menurutnya, situasi tersebut menyebabkan rakan sekerja lain mungkin terpaksa menanggung beban kerja, terutama apabila cuti berulang berlaku dalam tempoh yang singkat.

Namun, kenyataannya yang mempersoalkan tindakan wanita mempunyai anak mengambil cuti apabila anak tidak sihat mengundang kritikan ramai.

Sebahagian netizen berpendapat wanita berkenaan mempunyai asas dalam isu pembahagian beban kerja dan tanggungjawab sesama rakan sekerja.

@hotfm976_

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ni ke caller yang buat ramai panas hati tadi 👀 Caller ni bengang harini dia kena masuk keje sebab ada budak office dia EL sebab anak sakit. #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #TerbaikSentiasaHangat #KJjadiDJ

♬ original sound – Hot FM – Hot FM
Baca juga:

Bagaimanapun, mereka menyifatkan kenyataan mengenai anak sakit sebagai sesuatu yang tidak wajar kerana keadaan kesihatan anak bukan sesuatu yang boleh dirancang atau dijangka.

Netizen sokong pandangan AG

Dalam masa sama, ramai turut menyokong pandangan AG yang mengingatkan wanita berkenaan supaya tidak terlalu yakin dengan keupayaannya mengurus keadaan sekiranya suatu hari nanti berada dalam situasi sama.

Malah, ada netizen mengingatkan bahawa seseorang tidak seharusnya mudah menilai keadaan orang lain sebelum melalui sendiri fasa kehidupan berkenaan.

“Selagi kita tak berada dalam fasa tu, jangan yakin. Mana tahu kita akan hadap lagi teruk,” komen seorang netizen.

Perdebatan itu kemudian mencetuskan perbincangan mengenai keseimbangan antara tanggungjawab pekerjaan dan keluarga, khususnya apabila melibatkan ibu bapa yang perlu mengambil cuti bagi menjaga anak.

Related Posts