Kanye West bangga Bianca Censori jadi individu paling dicari di Google - The Reporter

Kanye West bangga Bianca Censori jadi individu paling dicari di Google

Kanye West Bianca Censori Grammys
Kanye West, Bianca Censori

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kanye West baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila meminta isterinya, Bianca Censori, melakukan aksi mengejutkan di karpet merah Anugerah Grammy 2025. Penyanyi rap itu dilihat mengarahkan Censori untuk menjatuhkan kot bulunya, memperlihatkan tubuhnya hampir tanpa seurat benang di hadapan lensa kamera.

Baca: Kanye West arah Bianca Censori buka pakaian di Grammy Awards

Sejak insiden itu, West kerap memuat naik hantaran di media sosial, mendakwa isterinya kini menjadi individu paling banyak dicari di Google. Dalam satu hantaran di Instagram Story, dia menulis, “Kami mengalahkan Grammys,” sebelum menambah, “4 Februari 2025, isteri saya adalah individu paling banyak dicari di planet Bumi.”

West turut berkongsi tangkapan skrin Google Trends yang menunjukkan kata kunci “Bianca Censori Grammys” dicari lebih lima juta kali, menjadikannya topik carian nombor satu ketika itu. Tidak ketinggalan, dia mengambil kesempatan untuk mempromosikan jenama fesyennya, Yeezy, dengan memuat naik gambar Censori mengenakan bodysuit hitam yang sangat minimal.

Sindiran buat bekas isteri?
Kim Kardashian

Sehari selepas acara itu, pasangan ini dilihat keluar bersama di Los Angeles, di mana Censori tampil berbeza dengan pakaian serba putih yang lebih tertutup. West sekali lagi berbangga dengan status isterinya sebagai individu paling banyak dicari di dunia, memuat naik gambar mereka bersama dengan kapsyen, “Saya dan isteri, manusia paling dicari di planet ini.”

Tindakan West ini dipercayai sebagai sindiran halus terhadap bekas isterinya, Kim Kardashian. Pada 2014, Kardashian menjadi sensasi global selepas muncul di kulit majalah Paper dengan tajuk “Break The Internet”, yang menyaksikan gambarnya tanpa seurat benang tular di seluruh dunia.

Bagaimanapun, aksi West dan Censori di Grammys tidak disenangi ramai, termasuk penerbit eksekutif acara itu, Raj Kapoor. Dalam wawancara dengan People, Kapoor menegaskan bahawa acara tersebut mempunyai kod etika pemakaian yang perlu dipatuhi. Menurutnya, walaupun industri muzik sering menafsirkan kod pemakaian secara berbeza, tetamu seharusnya menghormati standard yang ditetapkan.

Siaran rasmi CBS yang menyiarkan Grammys sebelum ini juga pernah mengeluarkan garis panduan berpakaian, menekankan bahawa bahagian punggung dan dada wanita perlu ditutup dengan secukupnya. Walau bagaimanapun, pakaian Censori jelas melanggar hampir semua peraturan tersebut. – Agensi

Total
0
Shares
Total
0
Share