Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tindakan Kanye West terhadap isterinya, Bianca Censori, di Anugerah Grammy 2025 mengejutkan ramai apabila seorang pakar membaca gerakan bibir mendedahkan arahan yang diberikan sebelum Bianca tampil tanpa pakaian di karpet merah.
Dalam video yang sedang tular, pasangan itu dilihat berbual sebelum Bianca menanggalkan kot bulunya, mengejutkan ramai hadirin. Menurut Nicola Hickling, seorang pakar membaca gerakan bibir, West didakwa mengarahkan Bianca untuk membuka kotnya dan mendedahkan tubuhnya.
“Awak dah tarik perhatian orang ramai,” kata West, menurut Hickling. Bianca mengangguk sebelum West menambah, “Lepaskan bahagian belakang dan kemudian pusing. Jangan risau, saya ada.”
Tindakan Bianca itu mencetuskan kebimbangan ramai di media sosial. Ada yang mendakwa West mengawal dan menjadikan isterinya seperti ‘versi baru’ Kim Kardashian, bekas isterinya.
Seorang pengguna X menulis, “Seseorang perlu selamatkan Bianca Censori daripada Kanye”, manakala yang lain berkata, “Ini bukan lagi tentang fesyen, tetapi tentang kesihatan mental Bianca. Sampai bila dia akan diperlakukan begini?”
Sumber terdekat turut mendakwa rakan-rakan Bianca bimbang tentang dirinya, tetapi tidak dapat membantunya kerana West mengawal kehidupannya.
Selain insiden ini, West turut menyiarkan iklan untuk jenama Yeezy semasa Grammy, menawarkan pakaian dengan harga serendah $20.
Dalam acara yang sama, Beyoncé dilaporkan memenangi anugerah Album Terbaik selepas sekian lama menanti, sementara Kendrick Lamar membawa pulang dua kategori utama iaitu, Lagu Terbaik (Song of the Year) – “Not Like Us” dan Rakaman Terbaik (Record of the Year) – “Not Like Us”.
Namun, perhatian ramai terus tertumpu pada insiden yang melibatkan Kanye West dan Bianca Censori, dengan ramai mempersoalkan sejauh mana hubungan mereka akan bertahan dalam keadaan sebegini. – Agensi