'Amerika Syarikat benar-benar disambar 'neraka' - Dr MAZA - The Reporter

‘Amerika Syarikat benar-benar disambar ‘neraka’ – Dr MAZA

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengecam kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dengan bangganya mendakwa akan menjadikan Timur Tengah sebagai ‘neraka’ jika Hamas tidak membebaskan tawanan Israel.

Namun katanya, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya.

“Allah SWT melakukan apa sahaja dikehendaki-Nya. Bandar yang paling kaya di US, negeri yang kaya, rumah mewah yang banyak dua hari sahaja hancur persis disebutkan dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah.

“Palestin memerlukan setahun enam bulan, tetapi kejadian di Los Angeles hanya dalam masa dua hari.

“Trump kata tiada siapa yang boleh menyentuh Amerika dan menyatakan Gaza sebagai neraka. Dia janjikan 20 haribulan untuk dia jadikan Gaza dan Timur Tengah sebagai neraka. Belum pun 10 haribulan, negeri dia benar-benar disambar neraka,” katanya.

Tegasnya lagi, doa-doa orang dizalimi tidak boleh dipandang rendah.

“Apa yang kita saksikan adalah dahsyatnya kekuasaan Allah. Sekarang ni api mula merebak ke New York walaupun belum berlaku seperti Los Angeles,” katanya.

Sumber: Dr MAZA Channel

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!