PM tegur tokoh lama terus bersuara walau sudah kumpul kekayaan berbilion ringgit
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan keikhlasan perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih aktif mencampuri politik negara walaupun pernah memerintah selama 24 tahun dan kini hidup dalam kekayaan luar biasa.
Menurut Perdana Menteri, tindakan berterusan tokoh politik lama itu yang lantang mengkritik kerajaan seolah-olah menafikan tanggungjawabnya terhadap keadaan orang Melayu ketika berkuasa.
“Tun Mahathir jaga negara 22 tahun, tambah dua tahun jadi 24 tahun. Melayu jadi macam ni siapa perintah? Hang jaga 24 tahun dah, duduk diam-diamlah. Harta dah banyak, duduk rumah pun tak tentu arah,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.
Baca juga:
- UEC: ‘Saya tak peduli siapa, parti mana, pertahankan martabat Bahasa Kebangsaan’ – PM
- DAP akan jumpa PM minta UEC diiktiraf, rayu masyarakat Cina terus bersabar – Nga Kor Ming
- ‘Suara lantang Kinabatangan’, Bung Moktar tinggalkan legasi besar untuk Sabah
Kekayaan anak lebih RM1 bilion, tapi masih mahu ajar kerajaan
Anwar turut mempersoalkan bagaimana seorang bekas Perdana Menteri boleh terus mendakwa dirinya berjuang untuk membela orang Melayu, sedangkan kekayaan yang dikumpul tidak pernah disalurkan kembali kepada rakyat.
“Sebab itu saya tak heran di Alor Setar baru-baru ini, anak dia sendiri isytihar harta kepada SPRM lebih RM1 bilion, keluarga pula ada RM4 bilion tapi dia gagah nak lawan kerajaan sekarang, suruh kita turun.
“Nak perjuang untuk Melayu, silakan. Tapi kalau dah ada RM1 bilion, bagi baliklah,” katanya.
Zalim? Zaman siapa ramai kena tangkap?
Mengulas tuduhan Dr. Mahathir yang menyifatkannya sebagai ‘zalim’ dan menutup ruang rakyat bersuara, Anwar menempelak kenyataan itu dengan membandingkan suasana politik masa kini dengan era pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.
“Dia kata saya zalim, rakyat tak boleh bercakap. Tapi zaman dia dulu, ramai yang kena tangkap. Jadi aku bukan macam hang, zaman hang ramai kena tangkap,” tegas Anwar.
Beliau turut menyeru orang Melayu agar menilai keadaan politik dan ekonomi negara secara rasional serta tidak lagi terpengaruh dengan retorik lapuk yang dimainkan oleh pemimpin lama.
“Malaysia ni negara paling stabil sekarang, pelabur pun yakin… Saya bukan nak sentimen sebab orang maki hamun saya setiap hari, tapi saya dukacita sebab orang kita pun percaya (tohmahan) macam tu, takkan tak boleh fikir?” katanya.
Sumber: Malaysia Gazette










