Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melepaskan jawatan kerana didakwa gagal mentadbir negara dengan baik dan membebankan rakyat dengan pelbagai cukai.
Dalam ucapannya pada Himpunan Mandat Negarawan malam Rabu, Dr. Mahathir berkata Anwar seharusnya bersikap terbuka terhadap suara rakyat yang menolak kepimpinannya.
“Bila rakyat tak suka, Perdana Menteri kena letak jawatan. Saya dulu letak jawatan pun sebab parti tak setuju. Ini rakyat suruh turun pun masih enggan,” katanya sambil mendakwa Anwar hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikan apa yang dijanjikan.
Baca juga:
- ‘Mak cik nak jalan kaki, anak kemalangan’ – Pilu ibu kehilangan anak tunggal lelaki
- Kanak-kanak tujuh tahun parah diserang anjing liar ketika bermain
- Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.2 juta dalam kasut
Bandingkan dengan pemimpin luar negara
Dr. Mahathir turut menyentuh bagaimana beberapa Perdana Menteri di negara lain melepaskan jawatan apabila menerima desakan rakyat, antaranya Boris Johnson di UK dan Sheikh Hasina di Bangladesh.
“Di UK, Boris Johnson letak jawatan kerana rakyat marah dia buat tea party masa darurat. Perdana Menteri mesti peka dengan perasaan rakyat,” katanya sambil menambah di Jepun pula, kesilapan kecil boleh menyebabkan pemimpin meletak jawatan.
Sumber: Utusan Malaysia











