'Teruntuk orang luar yang sebenar, sila keluar dengan kadar segera' - Shila Amzah desak wanita bernama Eiza keluar dari banglo miliknya - The Reporter

‘Teruntuk orang luar yang sebenar, sila keluar dengan kadar segera’ – Shila Amzah desak wanita bernama Eiza keluar dari banglo miliknya

Isu mengenai masalah keluarga penyanyi terkenal, Shila Hamzah masih tidak berkesudahan. Pelbagai keluhan dan perkongsian di antara mereka masih lagi rancak. Mungkin itu sahaja cara untuk menyedarkan mana-mana pihak.

Terbaharu, Shila Hamzah meminta seorang wanita yang dikenali sebagai Eiza supaya keluar dari banglo miliknya.

Dalam hantaran itu juga, Shila turut memberikan tempoh sehingga esok (Jumaat) kepada wanita yang dipercayai teman wanita kepada adiknya, Amir Syafiq, untuk keluar dari rumah berkenaan yang terletak di Hulu Langat.

“Teruntuk orang luar yang sebenar, Eiza yang dah lama duduk di rumah saya. Sila keluar selewatnya esok sebelum saya mengambil tindakan undang-undang.

“Sila keluar dengan kadar segera,” tulisnya.

Shila juga memberikan amaran agar wanita itu tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang keluarga dan dirinya di mana-mana platform media sosial atau bakal berdepan dengan tindakan.

“Sha dah pernah bagitahu melalui mak Sha untuk minta dia keluar sejak tahun lalu. Dia masuk tanpa izin Sha,” katanya.

Shila juga mendedahkan wanita tersebut sudah mendiami rumahnya sejak tahun 2021 lagi.

Dalam masa sama, Shila turut menjelaskan isu mengenai penjualan rumahnya akan diselesaikan, namun hanya perlu menunggu keadaan dan masa untuk reda.

Melalui hantaran itu juga, netizen turut bertanyakan mengenai seorang kanak-kanak perempuan bernama Icha yang tinggal bersama dengan keluarga Shila dan disangka mempunyai kaitan dengan Eiza. Namun Shila menjelaskan Icha merupakan anak kepada sepupunya.

“Icha anak saudara Sha kat kampung. Tapi dari kecik, memang rapat dengan family kitorang. Bila umur dua tahun, kitorang decide kitorang jaga sebab adik beradik ramai, sekolah semua.

“Memang baik sangat. Eiza tu tak ada kena mengena,” katanya.

Sumber: Shilaamzah

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!