'Terpaksa cairkan satu aset ni' - Amir Raja Lawak | The Reporter

‘Terpaksa cairkan satu aset ni’ – Amir Raja Lawak

Amir terpaksa menjual kereta Proton Juara kesayangannya.
Amir terpaksa menjual kereta Proton Juara kesayangannya. Gambar: Facebook Amir Raja Lawak.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon, pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak sekali lagi tampil meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa masih belum menerima bayaran daripada sebuah stesen televisyen meskipun telah menanti sekian lama.

Dalam satu hantaran terbarunya di media sosial, Amir mendedahkan bahawa beliau terpaksa menjual kereta jenis Proton Juara miliknya demi menampung keperluan yang sepatutnya.

“Payment dari stesen TV tu belum dapat lagi, hari ini jual kereta untuk cover apa yang patut,” katanya.

Baca juga:

Menurut Amir, walaupun hanya seketika bersama, kereta tersebut menyimpan pelbagai kenangan manis dan telah banyak berjasa kepadanya.

“Sedih tu ada la terasa, sebab kereta ni walaupun sekejap dengan saya, tapi banyak kenangan dan berjasa juga pada saya. Kereta ni juga ada ikut saya berniaga, merata kami bersama ke Johor, ke Perak, pergi niaga air tepi jalan” luahnya di Facebook.

Impian tidak kesampaian

Tambah Amir, beliau sebenarnya merancang untuk menaik taraf kenderaan itu untuk kegunaan peribadi dan aktiviti santai, namun niat tersebut terpaksa dilupakan apabila keperluan lain lebih mendesak.

“Plan nak buat cantik-cantik, nak pergi camping tapi tak kesampaian. Ada benda yang lagi mustahak untuk saya buat dan terpaksa cairkan satu aset ni. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Terdahulu, Amir mendedahkan bahawa jumlah tunggakan bayaran oleh stesen televisyen terbabit mencecah RM18,000 dan masih belum diselesaikan walaupun sudah hampir tiga tahun.

Jumlah bayaran yang masih tertunggak

Luahan Amir menerima simpati ramai netizen yang menyifatkan situasi seperti ini sepatutnya tidak berlaku terhadap para penggiat seni yang telah menunaikan tanggungjawab mereka secara profesional.

Sumber: Facebook Amir Raja Lawak

Related Posts