Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan, pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak tampil bersuara mengenai isu tunggakan bayaran oleh sebuah stesen televisyen terkenal yang masih belum menjelaskan baki bayaran bernilai RM18,000 sejak hampir tiga tahun lalu.
Menurut Amir, jumlah keseluruhan bayaran sepatutnya adalah sebanyak RM23,000 namun pihak produksi hanya membuat pembayaran sebanyak RM5,000 pada awal tahun lepas.
“Station TV terkenal yang tak perlu saya sebut nama (kerana korang boleh agak) masih sangkut lagi payment saya sebanyak RM18,000. Dah nak masuk tahun ke-3 tak silap ni masih belum clear lagi payment saya,” katanya.
Baca juga:
- Alif Satar terharu ride Subuh ke masjid di Genting Highland raih sambutan
- Zynakal luah rasa kecewa isu lagu AI, harap karya artis tempatan lebih dihargai
- Izreen Azminda syukur, pertikaian dengan Intan Salleh berakhir secara damai
Jelas Amir, beliau pada awalnya tidak mendesak untuk menuntut baki bayaran tersebut kerana tidak benar-benar memerlukan wang itu ketika itu. Namun, atas keperluan mendesak yang tidak dijelaskan secara terperinci, beliau kini memohon agar bayaran itu diselesaikan segera.
“Untuk kali ini memang saya nak pakai duit tu, diorang pun tahu alasan dan sebab yang sangat penting yang saya sudah bagitahu diorang, siap bukti bergambar saya bagi untuk meyakinkan diorang bahawasanya saya tak menipu,” ujarnya lagi.
Tiada sebarang bayaran ansuran diterima
Amir yang terkenal dengan tagline ‘I’m sorry’ turut memaklumkan bahawa beliau telah bertemu wakil pihak stesen TV berkenaan di Kuala Lumpur bulan lalu dan bersetuju untuk menerima pembayaran secara ansuran. Namun selepas pertemuan itu, tiada sebarang bayaran diterima sehingga kini meskipun beliau telah memaklumkan situasi dirinya kepada mereka dengan cara yang berhemah.
“Mereka tahu saya perlukan duit itu dalam amaun sedikit besar walaupun mungkin bukan semua. Biarpun tidak dapat semua, boleh saja diorang bagi ikut logik mengikut segala bukti dan sebab yang saya dah bagi,” katanya.

Mahukan hak yang tertangguh
Tambahnya lagi, beliau bukanlah individu yang gemar menimbulkan kontroversi atau mencetuskan pertelingkahan dan sepanjang pembabitannya dalam industri seni, beliau tidak pernah terlibat dalam isu-isu sensasi.
“Saya bukan nak pinjam duit pun. Saya memang tidak ajar diri saya berhutang dan juga bagi hutang. Apapun sekarang saya cuma nak duit saya sahaja,” tegasnya.
Amir berharap agar pihak stesen televisyen tersebut tampil menyelesaikan isu ini secepat mungkin memandangkan wang tersebut merupakan hak beliau yang telah lama tertangguh.
“Saya akan update sehinggalah ada berita baik dari pihak mereka,” katanya.
Sumber: Amirajalawak








