Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menggesa agar pengundi memberi keutamaan kepada calon Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menerusi satu surat terbuka yang dikongsikan kepada pemimpin parti, penyokong serta pengundi Melayu, beliau menyatakan bahawa pilihan semasa PRU memberi kesan besar terhadap hala tuju negara, termasuk soal identiti dan kedudukan masyarakat Melayu di Malaysia.
Menurut beliau, pengundi Melayu perlu mengutamakan kesetiaan kepada bangsa dalam memilih calon dan bukan berdasarkan parti politik atau kumpulan tertentu seperti NGO.
Baca juga:
- JAKIM nafi iktiraf sijil nikah Rohingya, dokumen bukan keluaran pihak berkuasa agama
- Anwar beri amaran, rakyat Israel dikesan di Malaysia akan diusir jika dakwaan benar
- Ahmad Badri dilantik Pengerusi FELDA baharu, ganti Ahmad Shabery Cheek
Beliau juga berpendapat bahawa jika kesetiaan tidak diberikan kepada bangsa, ia boleh memberi kesan terhadap masa depan identiti Melayu di negara ini.
“Kesetiaan orang Melayu ialah kepada bangsa Melayu. Jika kesetiaan ini diberi kepada parti atau puak akan hilanglah Tanah Melayu.
“Tanpa Tanah Melayu akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini,” katanya.








