Video tular memaparkan keberanian seorang lelaki dikenali sebagai Rahmat yang nekad memanjat sebuah premis bagi menyelamatkan dua kanak-kanak yang terperangkap ketika kebakaran, mengundang pujian ramai.
Tindakannya yang dirakam oleh adik iparnya ketika Rahmat memanjat bahagian hadapan premis sebelum menggunakan penukul untuk memecahkan cermin dan gril bagi membuka laluan untuk mangsa keluar dari situasi mencemaskan itu.
Di sebalik keberanian itu, isterinya yag dikenali sebagai Pieda Ibrahim tampil berkongsi kisah kejadian berkenaan menerusi temu bual bersama stesen radio Suria FM.
Menurut isterinya, mereka ketika itu baru sahaja berkahwin dan berpindah ke kediaman yang terletak berhadapan dengan premis berkenaan.
Katanya, kejadian disedari ketika Rahmat sedang memasang kipas, manakala adiknya sedang berehat sebelum mereka terdengar mengenai kewujudan asap dari arah premis tersebut.
“Suami saya masa tu terus capai baju dan pergi. Dia cuma pesan dekat saya, ‘Call 999’,” katanya.
@pdapdo Terima kasih Orang Baik ❤️ #bayuklangselangor #spidermanklang ♬ suara asli – p-songs
Isterinya berkata, Rahmat kemudian menggunakan sebatang pokok berhampiran untuk memanjat sebelum melompat ke bahagian premis berkenaan.
Dalam keadaan panik, dia turut meminta adiknya merakamkan tindakan Rahmat kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku ketika lelaki itu cuba membantu mangsa.
Berjaya selamatkan dua kanak-kanak
Menurutnya, Rahmat kemudian berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak yang terperangkap dalam premis tersebut.
Lebih menyentuh hati, seorang kanak-kanak yang diselamatkan dikatakan meminta bantuan Rahmat untuk menyelamatkan adiknya yang berada di bahagian belakang tandas.
Rahmat kemudian cuba mencari mangsa lain di bahagian belakang premis dengan bantuan orang awam yang membawa tangga serta memecahkan tingkap.
@suriamalaysia Berderau darah dengarkan situasi yang berlaku masa kebakaran tu😥 Alhamdulillah, 2 kanak-kanak terselamat namun ada yang tak dapat diselamatkan juga. Terima kasih kerana ada orang yang berani dan bertindak pantas macam abang Rahmat! #pagionsuria #suriamalaysia #suriamuzikdanjiwa ♬ original sound – Suria Malaysia
Baca juga:
- Tindakan spontan lelaki selamatkan dua kanak-kanak dalam kebakaran raih pujian
- Polis jalankan siasatan dakwaan kanak-kanak 12 tahun diekori sebuah kenderaan
- Dakwaan penerima bakul makanan didaftar sebagai ahli, PKR Pahang dapatkan penjelasan
Bagaimanapun, keadaan ketika itu terlalu panas sehingga Rahmat tidak dapat memasukkan kepalanya lebih jauh ke dalam premis dan terpaksa berundur.
Menurut isterinya, Rahmat hanya mengetahui selepas kebakaran selesai bahawa seorang kanak-kanak yang dicari itu sebenarnya berada di tingkat dua premis berkenaan.
Tindakan spontan
Katanya, tindakan suaminya itu dilakukan secara spontan kerana ketika melihat kanak-kanak dalam bahaya, perkara yang difikirkannya hanyalah untuk menyelamatkan mereka secepat mungkin.
Isterinya turut berkata, Rahmat sememangnya biasa melakukan kerja yang memerlukan dirinya memanjat, namun dia sendiri tidak menyangka suaminya mampu bertindak sedemikian pantas dalam situasi kecemasan.
Dalam temu bual itu, Rahmat turut menitipkan pesanan supaya masyarakat tidak memandang seseorang berdasarkan bangsa, warna kulit atau latar belakang ketika mereka memerlukan pertolongan.
“Selagi awak ada rasa kesian dalam hati, terdetik dalam hati sikit tu, kalau boleh tolong saja orang tu.
“Sebab kita tak tahu keluarga dia macam mana. Kita pun tak tahu nanti orang yang tolong kita tu siapa. Kita tak tahu orang luar ke yang tolong kita,” katanya.









