Terengganu rekod 17 kes malaria, 10 kes import libatkan warga Rohingya | The Reporter

Terengganu rekod 17 kes malaria, 10 kes import libatkan warga Rohingya

Nyamuk pembawa malaria, vektor jangkitan penyakit malaria.
Gambar: Scientists Against Malaria

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memaklumkan sebanyak 17 kes Malaria telah direkodkan dengan sebahagian daripadanya melibatkan kes import dalam kalangan warga Rohingya.

Menerusi satu kenyataan, JKNT memaklumkan daripada jumlah tersebut, 10 kes adalah malaria manusia jenis Plasmodium vivax yang dikategorikan sebagai kes import. Jangkitan itu dipercayai melibatkan individu dalam kalangan warga Rohingya yang memasuki negara ini secara tidak sah.

Kes terbaharu dilaporkan masing-masing dikesan di Dungun dan Kuala Nerus, hasil pemantauan serta pengesanan berterusan oleh pihak kesihatan negeri.

“Siasatan mendapati kesemua kes tersebut merupakan kes yang memasuki Malaysia secara haram. Maklumat sebenar pergerakan warga Rohingya yang memasuki Malaysia ini amat sukar untuk diperolehi dan tiada maklumat yang jelas tentang pendedahan kepada jangkitan malaria,” katanya.

Baca juga:

Dalam perkembangan berkaitan, pihak kesihatan negeri menegaskan keperluan tindakan segera di semua fasiliti kesihatan termasuk hospital, klinik kesihatan dan klinik desa di Terengganu.

Antara langkah yang diwajibkan termasuk pelaksanaan saringan Blood Film for Malaria Parasite (BFMP) melalui kaedah Active Case Detection (ACD) dan Passive Case Detection (PCD) ke atas semua individu warga Rohingya yang hadir mendapatkan rawatan, termasuk wanita hamil serta individu yang mengaku telah lama berada di Malaysia.

Related Posts