'Tak wajar parti kerajaan terima ahli parti lain', Dr Asyraf Wajdi ulas isu Tengku Zafrul | The Reporter

‘Tak wajar parti kerajaan terima ahli parti lain’, Dr Asyraf Wajdi ulas isu Tengku Zafrul

Dr Asyraf Wajdi ulas isu peletakan jawatan Tengku Zafrul dalam UMNO
Dr Asyraf Wajdi memaklumkan UMNO belum menerima surat peletakan jawatan rasmi dari Tengku Zafrul. Gambar: Malay Mail

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, UMNO memandang serius niat peletakan jawatan Tengku Zafrul yang dikaitkan dengan hasrat menyertai parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, UMNO belum menerima sebarang surat perletakan jawatan secara rasmi daripada YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, susulan kenyataan beliau di laman sosial peribadi mengenai hasrat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain secara sewenang-wenangnya,” tegas beliau.

Tambahnya, tindakan seperti itu boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan parti-parti gabungan dan mengundang prasangka serta prejudis berpanjangan di peringkat akar umbi.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri di kalangan ahli akar umbi,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Zafrul melalui platform media sosial peribadi menyatakan pendiriannya untuk menyertai PKR, namun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi berhubung status beliau dalam UMNO.

Related Posts