Susulan kenyataan kontroversi yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang membangkitkan kenyataan daripada Menteri Agama, beliau menerima pelbagai kritikan dari pelbagai pihak.
Dalam hantaran di Facebook, Teresa menyatakan isu berkenaan dilihat berpotensi untuk menambah beban kepada perniagaan selain menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan.
Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Abe Wee tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Teresa.
Katanya apabila ada sijil halal diletakkan di sesebuah premis, memberikan jaminan bagi orang Islam dan keyakinan untuk makan di kedai tersebut.
“Abe Wee Cina pun tapi Abe Wee hormat followers Melayu. Apa yang Abe Wee belajar bila buat review ni, sijil halal memberi jaminan kepada orang Islam dan bagi rasa confident bila nak makan kat kedai tu.
“Untuk Abe Wee, tak salah pun dan mana part yang memalukan negara tu?” katanya.
Walaupun dia berbangsa cina, setiap kali membuat ulasan makanan, dia menyertakan tagline ‘yang penting halal’ dan menujukkan sijil halal yang terdapat di kedai-kedai tersebut.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Abe Wee yang bersuara lantang mengenai isu ini.