'Tahun ini paling suwey' - Aliff Syukri serik, undur diri dari bidang nyanyian - The Reporter

‘Tahun ini paling suwey’ – Aliff Syukri serik, undur diri dari bidang nyanyian

Aliff Syukri

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, mengambil keputusan untuk berundur daripada bidang nyanyian berikutan faktor usia dan kontroversi yang sering melibatkannya dalam isu undang-undang atas dakwaan tidak menghormati agama.

Bagi Aliff, tahun 2024 ini merupakan tahun yang paling malang buat dirinya kerana hampir setiap apa saja yang dilakukannya dikecam oleh netizen.

“Tahun ini adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi, tahun ini adalah tahun paling suwey (malang). Setiap gerak geri saya dikritik. Kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan,” katanya yang turut mengakui tertekan dan timbul rasa penyesalan.

Menurut Aliff, emosinya tercalar walaupun dia telah berusaha keras untuk menutup masalahnya. Keadaan itu juga membuatkan dia bergaduh dengan isterinya dan hal ini membuatkan dia berputus asa.

‘Tanpa monyet macam kami, tak ceria Malaysia’

Selain itu, Aliff juga mempersoalkan sikap netizen yang lebih gemar memberi perhatian kepada kandungan yang dicipta berbanding objektif utama perniagaan. Perubahan trend ini memaksa dia terpaksa menghasilkan kandungan yang serupa dan akibatnya dikecam oleh netizen.

“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!