Syarikat pengiklanan mohon maaf, papar visual menara Petronas 'kembar 3' - The Reporter

Syarikat pengiklanan mohon maaf, papar visual menara Petronas ‘kembar 3’

Sumber Gambar: Media Sosial

Syarikat pengiklanan memohon maaf susulan isu tular mengenai visual ucapan Hari Kebangsaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Kami memohon maaf diatas segala kekeliruan yang timbul dan ingin memaklumkan mengenai isu yang berlaku dengan visual Ucapan Selamat Hari Kebangsaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dipaparkan pada skrin di Hartamas.

“Kami telah mengenal pasti akan kesalahan dalam visual yang dipaparkan pada skrin tersebut dan telah segera memadam visual berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular satu visual poster rasmi yang didapati dijana dengan bantuan kecerdasan (AI) ucapan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 dari Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Menerusi visual berkenaan, dilihat menara kembar KLCC bukan dilakar seperti bangunan asal, tetapi mempunyai tiga menara.

Susulan itu, ramai yang mempersoalkan ketelitian syarikat pengiklanan berkenaan sebelum dipaparkan di mana-mana skrin.

Polis Brickfields dalam satu hantaran di media social turut memaklumkan pihak mereka telah meminta syarikat berkenaan untuk menurukan iklan tersebut dengan serta merta.

Sumber: Polis Brickfields, WOW Media

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!