'Sudah juara di hati kami' - Gagal pungut sebarang pingat, beregu wanita Pearly-Thinaah terus diberikan sokongan | The Reporter

‘Sudah juara di hati kami’ – Gagal pungut sebarang pingat, beregu wanita Pearly-Thinaah terus diberikan sokongan

Sumber Gambar: Olympic Council Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sekali lagi lebur harapan rakyat Malaysia untuk melihat beregu wanita negara memperoleh pingat gangsa.

Walaupun tewas dalam penentuan pingat gangsa menentang beregu wanita dari Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida, Pearly Tan – M.Thinaah terus mempamerkan semangat luar biasa.

Sokongan luar biasa dari penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di Porte de La Chapelle Arena juga bagaikan satu tiupan semangat buat mereka untuk terus berjuang demi negara.

Menentang beregu lawan yang bukan calang-calang hebatnya, Pearly-Thinaah tewas pada set pertama dengan skor 11-21.

Mereka terus bangkit pada set kedua, namun nasib tidak menyebelahi mereka dan kalah di tangan pihak lawan.

Pun begitu, rakyat Malaysia sudah berbangga dengan kejayaan beregu wanita negara yang sudah melangkah sejauh ini.

Pearly-Thinaah mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Sukan Olimpik selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong yang juga pemenang pingat gangsa edisi lalu dengan 21-12, 21-13.

Related Posts