Suami syak isteri curang selepas terdengar bunyi dengkuran lelaki lain di rumah, rupa-rupanya… - The Reporter

Suami syak isteri curang selepas terdengar bunyi dengkuran lelaki lain di rumah, rupa-rupanya…

Gambar sekadar hiasan sahaja | Sanook

Bunyi dengkuran lelaki di rumahnya, membuatkan seorang suami di Wilayah Guangdong, China mula berprasangka buruk terhadap isterinya.

Dia ketika itu baru pulang dari luar negara atas urusan perniagaan berkata isterinya tidak membuka pintu apabila dia tiba di rumah sekitar jam 9 malam walaupun telah mengetuk pintu beberapa kali.

Dengkuran itu membuatkan dia menyangka isterinya telah curang padanya.

Dia kemudiannya menerpa masuk ke dalam bilik tidur mereka dengan perasaan bercampur baur.

Namun begitu, dia terkejut apabila mendapati isterinya tidur bersendirian di atas katil, manakala bunyi dengkuran itu adalah daripada telefon bimbit wanita tersebut.

Bunyi itu sebenarnya dengkurannya sendiri yang dirakam dan didengari si isteri setiap kali dia tidak berada di rumah untuk membantu menenangkan ketakutannya ketika tidur.

Setelah menyedari dengkuran itu adalah rakaman, dia mula berasa menyesal dengan tindakannya itu. Dalam pada masa yang sama dia sangat terharu dengan tindakan isterinya.

Sumber: Thaiger

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!