Suami maut ditumbuk isteri, kecewa tak dibawa ke Dubai untuk sambut 'birthday' - The Reporter

Suami maut ditumbuk isteri, kecewa tak dibawa ke Dubai untuk sambut ‘birthday’

Dalam satu insiden yang mengejutkan, seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia selepas ditumbuk isterinya, kerana mangsa enggan membawanya ke Dubai untuk sambutan hari jadinya.

Insiden itu berlaku di apartmen pasangan berkenaan, yang terletak di kawasan perumahan mewah di Wanavdi, Pune, pada hari Jumaat.

Mangsa yang dikenali sebagai Nikhil Khanna, seorang usahawan dalam industri pembinaan, telah berkahwin dengan isterinya, Renuka, 38, atas dasar cinta sejak enam tahun lalu.

Menurut seorang pegawai polis kanan yang bertugas di Balai Polis Wanavdi, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan bergaduh kerana Nikhil tidak membawa Renuka ke Dubai untuk meraikan hari jadinya.

Selain itu, Nikhil juga tidak memberinya hadiah mahal pada hari jadi Renuka dan ulang tahun perkahwinan mereka.

Renuka turut kecewa dengan Nikhil kerana tidak memberikan respons positif kepada keinginannya untuk pergi ke Delhi bagi meraikan hari jadinya dengan beberapa sanak saudara.

“Semasa pergaduhan itu, Renuka telah menumbuk Nikhil di bahagian muka. Impak daripada tumbukan yang kuat itu menyebabkan hidung dan beberapa gigi Nikhil patah.

Nikhil mengalami pendarahan teruk di bahagian muka dan akhirnya tidak sedarkan diri.

Sementara itu, polis telah mendaftarkan kes terhadap Renuka di bawah Seksyen 302 IPC dan menahannya untuk siasatan lanjut.

Sumber: NDTV

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!