Suami bunuh isteri sebab malu mangsa selalu main TikTok, karaoke & keluar rumah tanpa izin | The Reporter

Suami bunuh isteri sebab malu mangsa selalu main TikTok, karaoke & keluar rumah tanpa izin

Foto hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki dikenali sebagai ‘M’ berusia 49 tahun di Desa Lawe Loning Aman, Aceh, Indonesia, disyaki membunuh isterinya sendiri kerana selalu bermain TikTok.

Kes ini terbongkar selepas polis menerima laporan penemuan mayat seorang wanita yang meninggal dunia di rumahnya pada 12 September lalu.

Ketika polis melakukan siasatan dan pemeriksaan di lokasi, suami mangsa tidak berada di rumah dan hal ini menimbulkan kecurigaan polis yang kemudian menetapkan lelaki itu sebagai suspek utama.

Polis kemudian menerima lapoarn dari penduduk yang mendakwa ternampak suspek telah kembali ke rumahnya. Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan suspek dan dibawa ke balai untuk membantu siasatan.

Pada awalnya suspek tidak mengaku terlibat dalam pembunuhan itu. Tetapi selepas dissasat lebih lanjut, suspek akhirnya mengaku membunuh mangsa.

Suspek mengaku membunuh isterinya menggunakan tali nilon yang dililit pada leher isteri di mana ketika itu mangsa sedang berdiri di bilik mandi.

Setelah melakukan perbuatan itu, suspek kemudian meninggalkan rumah dan kembali berniaga aiskrim.

Suspek mengaku membunuh mangsa disebabkan malu dan gagal mengawal kemarahan terhadap isterinya yang selalu bermain media sosial seperti TikTok, karaoke selain kerap keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.

Hal itu membuatkan suspek marah kerana kelakuan isterinya itu diketahui dan menjadi umpatan jiran-jiran berdekatan.

Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang kerana membunuh. – Agensi

Related Posts