Suami bakar isteri & rumah kerana berang cadangannya untuk menjual rumah mereka tidak dipersetujui

Sumber gambar: Kompas

Seorang lelaki di Kalimantan Timur, Pujiono, 44, tergamak membakar isteri dan anaknya berusia 14 tahun kerana kesal isterinya, Elis, 34, menolak cadangannya untuk menjual rumah mereka.

Kejadian itu berlaku pada jam 2 petang, 12 Julai lalu di kediaman mereka. Sebelum itu, Pujiono bertikam lidah dengan Elis yang berkeras enggan menjual rumah mereka.

Berang dengan Elis yang menolak cadangannya, Pujiono mengugut untuk membakar rumah tersebut.

Gagal mengawal emosi, Pujiono terus mengambil minyak tanah dan disiram pada Elis dan anaknya lalu menyalakan batang mancis, dicampak pada isterinya sehingga terbakar.

Ketua Poli Tenggarong, Purwo mengesahkan mangsa (isteri) mengalami luka terbakar 50 peratus, manakalanya anaknya selamat kerana sempat keluar melarikan dri.

Terdahulu, Pujiono juga sempat menyiram minyak di sekeliling rumah sebelum isterinya datang. Rumah mereka juga turut hangus terbakar.

Suspek kemudian melarikan diri. Sementara itu Elis dan anaknya berjaya diselamatkan dan dikejarkan terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

13 Julai 2023, suspek berjaya ditahan polis sebelum sempat melarikan diri ke daerah lain. Suspek kini direman untuk siasata lanjut.

Sumber: Kompas

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!