'Siapa kita nak kata haram atau halal? – Fasha Sandha bidas pempengaruh TikTok | The Reporter

‘Siapa kita nak kata haram atau halal? – Fasha Sandha bidas pempengaruh TikTok

Fasha Sandha beri respon tegas di Instagram mengenai isu halal haram konsert dan teguran pempengaruh TikTok.
“Siapa kita nak kata haram atau halal?” – Fasha Sandha persoal cara teguran terbuka isu konsert.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kenyataan pempengaruh TikTok Tareqfit yang melabelkan konsert, muzik serta pendapatan daripadanya sebagai haram secara mutlak mencetuskan reaksi di media sosial, termasuk teguran terbuka daripada pelakon Fasha Sandha yang mempertikaikan cara teguran disampaikan.

Dalam video yang tular dua hari lalu, Tareqfit menegaskan muzik, hasil pendapatan daripada muzik dan kehadiran ke konsert sebagai perbuatan haram kerana menurutnya ia berkait dengan maksiat dan mungkar. Beliau turut mengkritik kehadiran umat Islam ke acara hiburan, termasuk wanita bertudung, sambil menegaskan bahawa penampilan tidak mengubah hukum.

“Muzik, income dari muzik dan pergi konsert muzik semua ini haram. Walaupun engkau bertudung, tapi jika engkau buat maksiat, haram tetap haram.”

https://www.tiktok.com/@tareqfit/video/7593902592170724615

Baca juga:

Tidak sensitif

Menurut Fasha, kenyataan terbaru itu mengingatkannya kepada insiden terdahulu apabila Tareqfit pernah mengeluarkan pandangan terhadap pelakon Que Haidar, yang disifatkannya sebagai mengaibkan dan tidak sensitif terhadap realiti kehidupan artis.

“Saya dari hari tu macam nak tulis bila dia mengata pasal Que Haidar lapar perhatian. Saya nak tanya, tau tak Que Haidar tu mencari rezeki untuk keluarga dia.”

Fasha berkata, kenyataan terbuka itu turut memberi kesan besar kepada perjalanan kerjaya Que, yang ketika itu baru bangkit semula selepas lama berehat daripada industri seni.

Fasha pertahan konsert, dakwa ada unsur kebajikan

Mengulas video terbaharu pempengaruh itu, Fasha menegaskan kenyataan Tareqfit kali ini turut menyentuh idola beliau serta mengaitkan konsert sebagai tempat bermaksiat, sedangkan realitinya lebih kompleks.

“Hari ini keluar di explore dia cakap bab idola saya, pasal halal haram, pasal pergi tempat bermaksiat. Sedangkan konsert itu juga adalah konsert untuk amal kebajikan.”

Menurut Fasha, konsert berkenaan turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk selebriti, kenamaan, ahli agama serta kerabat diraja, sekali gus menolak pelabelan secara pukul rata. Beliau juga mempersoalkan hak individu untuk menentukan halal dan haram secara terbuka, selain menggesa agar teguran dibuat secara peribadi jika benar berniat menasihati.

“Siapa kita untuk nak kata haram atau halal? Kalau betul nak menegur, boleh DM. Tak perlu memalukan orang secara terbuka.”

Related Posts