Pelajar lelaki Tingkatan Satu meninggal dunia di asrama | The Reporter

Pelajar lelaki Tingkatan Satu meninggal dunia di asrama

Pelajar Tingkatan Satu ditemukan maut di bangunan asrama Paloh.
Gambar janaan AI

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah menengah di Paloh, Gua Musang sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu dipercayai berpunca daripada pendarahan secara tiba-tiba di bahagian kepala serta paru-paru berair.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa berusia 13 tahun itu dibawa pihak sekolah ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun pegawai perubatan mengesahkan remaja terbabit telah meninggal dunia sebaik tiba di fasiliti kesihatan tersebut.

Baca juga:

Menurut beliau lagi, proses bedah siasat dijalankan pada jam 3.30 petang di Hospital Gua Musang dan hasil siasatan awal mendapati punca kematian adalah akibat pendarahan spontan di bahagian kepala serta paru-paru berair.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat pelajar berkenaan telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian, dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga mangsa.

Related Posts