Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi Datin Alyah dipuji ramai kerana sikap ringan tulangnya membantu peniaga di sebuah kedai makan menguruskan kedai termasuklah mencuci pinggan.
Kongsinya, semasa berkunjung ke Melaka, dia mahu ke kedai makan dan mendapati kebanyakan kedai penuh dengan pelanggan.
Alyah yang juga merupakan isteri kepada Dato’ Ramli M.S dan keluarganya kemudian memilih sebuah kedai di Masjid Tanah.
Sampai sahaja di kedai itu, dia dimaklumkan kedai berkenaan tiada pekerja. Oleh kerana mereka sudah lapar, Alyah bertindak membantu peniaga berkenaan mengambil pesanan makanan, membawa makanan ke meja dan juga mencuci pinggan di dapur.
“Cuti-cuti ni kita ke Melaka kampung arwah Apak saya. Kedai makan yang kita orang nak pergi semua penuh.Terjumpa kedai yang sunyi ini. Sekali dia tak ada pekerja daa.
“Sebab masing-masing dah lapar, meh kita tolong kak dengan abang kat kedai makan ni area kat Masji Tanah,” katanya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji sikap Alyah yang dilihat tidak kekok membantu peniaga berkenaan selain memudahkan urusan peniaga.








