'Setiap hari saya tengok tracker' - Luahan sebak adik Zizi Kirana | The Reporter

‘Setiap hari saya tengok tracker’ – Luahan sebak adik Zizi Kirana

Zizi KIrana bersama adiknya, Nur Nazielah
Zizi Kirana dan adiknya.

Keberanian dan kecekalan penyanyi terkenal, Zizi Kirana menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah turut menyentuh hati ahli keluarganya sendiri.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Zizi berkongsi kata-kata penuh emosi ditujukan khas buat adik-beradiknya.

“Ini adik perempuan saya nombor dua. Jika apa-apa berlaku pada saya, dialah yang akan gantikan tempat saya sebagai kakak sulung. Terima kasih untuk kasih sayang dari kecil kita sama-sama. Jaga diri dan keluarga, beri contoh terbaik buat adik beradik, jaga mak,” tulisnya.

Coretan Zizi Kirana buat adiknya di Instastory
Baca juga:

Tidak lama selepas itu, adik perempuannya, Nurul Nazielah berkongsi semula hantaran berkenaan dengan luahan sebak yang mencerminkan kerinduan dan kegusaran seorang adik.

“Kami jarang meluahkan perasaan antara adik-beradik di media sosial. Tapi kepergian kak Zizi ke Gaza buat saya jadi lebih emosi. Setiap hari tengok tracker, setiap hari tanya dalam group. Tiada siapa yang tak risau… Dia satunya kakak saya. Tapi akhirnya semuanya Allah yang pegang. Ya Rabb, seluruh hamba-Mu mendoakan Global Sumud Flotilla dapat menyelesaikan misi mereka dengan selamat. Kita sama-sama doa okay semua,” tulisnya.

Luahan adik Zizi Kirana di Thread

Coretan kedua-duanya mencuri perhatian ramai kerana memaparkan eratnya hubungan mereka sekeluarga, selain membuktikan sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap perjuangan Zizi di medan misi.

Luahan tersebut turut membuat ramai netizen sebak, malah rata-rata mendoakan agar Zizi bersama seluruh sukarelawan flotila selamat pergi dan pulang, serta misi kemanusiaan mereka dipermudahkan.

Related Posts