'Semoga sentiasa gembira, diberi perlindungan & kebahagian' - Fazura terima kiriman bunga dari Fattah Amin sempena hari kelahiran - The Reporter

‘Semoga sentiasa gembira, diberi perlindungan & kebahagian’ – Fazura terima kiriman bunga dari Fattah Amin sempena hari kelahiran

Sumber Gambar: Instagram Fazura

Selebriti, Fazura berkongsikan gambar bunga yang dikirim oleh suaminya Fattah Amin sempena hari kelahiranya.

Kiriman bunga berwarna putih dan merah jambu itu turut disertakan bersama sekeping kad ucapan.

“Selamat Hari Lahir Mommy. Daddy doakan di hari kelahiran, Mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” tulisnya.

Menerusi hantaran di Instagram Story itu, Fazura turut berterima kasih diatas pemberian tersebut.

“Terima kasih daddy Fatima”, katanya.

Dalam hantaran di Instagram juga, sempena kelahirannya, Fazura meletakkan satu petikan ayat yang membawa maksud untuk lebih menghargai diri sendiri.

“Permulaan sebuah janji untuk lebih menyayangi diri sendiri,” tulisnya.

Sementara itu, peminat-peminat pasangan selebriti ini tidak putus-putus berdoa supaya hubungan pasangan suami isteri ini kembali pulih.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!