Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pemenang hadiah cabutan bertuah acara Honda Day Malaysia 2024 akhirnya dapat menarik nafas lega apabila pihak penganjur mengambil keputusan untuk menggantikan hadiah kereta Honda Accord SM4 yang diberikan sebelum ini.
Terdahulu, pihak penganjur acara berkenaan dikecam teruk dan menjadi bahan troll di media sosal ekoran menghadiahkan sebuah kereta ‘buruk’ kepada pemenang cabutan bertuah.
Menyedari ramai yang tidak berpuas hati, pihak penganjur mengambil inisiatif untuk menggantikan hadiah tersebut dengan sebuah kereta jenama BMW F30.
Berdasarkan video yang dikongsikan, pemenangnya yang juga seorang ‘cikgu’ kelihatan gembira menerima hadiah tersebut yang menurutnya itu adalah kereta idaman isterinya.
“Sejujurnya, orang rumah saya teringin kereta BMW. Alhamdulillah, terima kasih banyak kepada pihak penganjur,” katanya.
Sementara itu, penganjur menjelaskan meskipun acara tersebut membabitkan kenderaan jenama Honda, hadiah yang diberikan tidak semestinya hadiah dari jenama yang sama.
“Tak semestinya kalau acara permotoran Honda, kena bagi hadiah kereta Honda. Acara permotoran RXZ sepatutnya, bagi motosikal RXZ. Kenapa bagi Vellfire?” ujarnya.








