Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tatkala ada segelintir yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mewajibkan caruman KWSP bagi pekerja asing, seorang aktivis sosial, Charles Hector, tampil memuji langkah tersebut.
Beliau berkata, keputusan ini akan mengurangkan kecenderungan syarikat untuk mengambil pekerja asing hanya kerana kos mereka yang lebih rendah tanpa caruman KWSP.
Dengan mewajibkan caruman ini, peluang untuk rakyat tempatan mendapat pekerjaan dijangka akan meningkat.
Ini kerana, syarikat perlu mengeluarkan kos tambahan untuk membawa masuk pekerja asing, termasuk permit, pemeriksaan kesihatan, dan lain-lain, selain perlu membuat caruman KWSP. Hal ini akan menyebabkan majikan lebih cenderung untuk mengambil pekerja tempatan.
Selain itu, Hector juga menekankan caruman KWSP ini akan memberi manfaat kepada pekerja asing kerana mereka dapat membawa pulang simpanan yang dikumpul sebaik sahaja tamat bekerja di Malaysia.
Langkah ini boleh dijadikan mekanisme pemantauan tambahan untuk memastikan majikan tidak menipu dalam pembayaran gaji pekerja asing.
Sumber: MalaysiaKini








