Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seekor kucing yang dikenali sebagai Kroshik, kucing paling gemuk di dunia, meninggal dunia beberapa minggu selepas menjalani rawatan di pusat penurunan berat badan khas di Rusia.
Kroshik yang seberat 17.2 kilogram, diselamatkan dari bilik bawah tanah sebuah hospital di Rusia, di mana dia dibesarkan dengan makan sisa makanan dan biskut.
Menurut doktor haiwan, lapisan lemak tebal pada tubuh Kroshik menyembunyikan tumor kanser yang berkembang di organ dalamannya.
Sepanjang berada di pusat itu, Kroshik berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 3.2 kilogram. Namun, Kroshik mula mengalami masalah pernafasan sebelum meninggal dunia.
Galiana More, pemilik pusat penjagaan kucing Matroskin berkata, kegagalan beberapa organ mungkin berpunca daripada tumor yang tidak dapat dikesan lebih awal. Kroshik tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit seperti masalah pernafasan atau pencernaan sebelum ini.
Kematian Kroshik dianggap sebagai kehilangan besar kerana dia menjadi simbol harapan di kalangan penjaga dan penyokongnya. – Agensi