Tindakan sekumpulan lelaki warga asing yang membawa kayu hoki untuk mengancam seorang wanita di sebuah premis di Prima Saujana, Kajang, Selangor, tular di media sosial hari ini.
Dalam video berdurasi 52 saat itu, kedengaran suara seorang wanita dan lelaki yang menjerit menghalau kumpulan warga asing itu keluar daripada premis tersebut.
Saksi yang merakam video itu turut meminta mereka keluar atau akan menghubungi polis sekiranya mereka masih berdegil untuk berbuat demikian.
Kumpulan terbabit yang kemudian beredar dan kembali ke kenderaan masing-masing sebelum bergerak meninggalkan kawasan itu.
Kes apa ni sampai warga asing 3 biji kereta bawak kayu hoki masuk kedai. Perempuan siap menjerit. pic.twitter.com/rxf2tKiJ2o
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) July 20, 2023
Tidak diketahui punca sebenar kejadian. Tetapi insiden itu telah mengundang kemarahan netizen yang mendesak pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tampil bertindak segera.
Bagi netizen, tindakan tegas perlu dikenakan kerana semakin hari semakin ramai warga asing yang menimbulkan masalah di negara ini.
“Kes warga asing lagi. Siap naik kereta lagi. Dah buat perangai tak elok kat negara orang, boleh beli kereta lagi. Tak apa, mereka kan dilindungi dan disayangi,” kata Goodies.
“B#ngsat punya pendatang. Berani tunjuk samseng dengan perempuan. Macam mana diorang boleh bawa kereta dan ada lesen ke? Imigresen perangi lahanat-lahanat ini yang mencemarkan imej Malaysia,” kata Aziman.
Sumber: Twitter








