Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kontroversi mengenai nyanyian selebriti Fazura, terus diperkatakan apatah lagi nyanyian lagu Bertahan Demi Cinta itu dinyanyikan di negara seberang.
Nyanyiannya bukan sahaja diperkatakan netizen, malahan beberapa selebriti turut memberikan pandangan.
Kumpulan Kugiran Masdo pula mengakui bahawa industri muzik tempatan sedikit terkesan dengan persembahan Fazura baru-baru ini. Menurut Masdo lagi, kejadian ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada industri muzik tanah air terutamanya rakyat Indonesia yang memandang remeh artis Malaysia.
Bagaimanapun, Ali Sariah selaku vokalis utama berkata setiap apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar pada masa akan datang.
“Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Harapnya dia dapat jadikan pengajaran dan iktibar supaya melakukan nyanyian lebih baik pada masa hadapan.
“Kadangkala kita dah buat hampir sempurna dan hanya 10 peratus silap tapi yang silap itu juga dilihat orang,” katanya.
Katanya lagi, sebelum membuat persembahan, penyanyi perlu bersedia walaupun ketika itu berasa gugup.
“Apapun kena betul-betul bersedia sebelum buat persembahan walaupun kadang-kadang keadaan ketika itu buat kita rasa gugup.
“Berada di atas pentas untuk menyanyi perasaan dia lain. Lagi-lagi seseorang itu jarang buat persembahan,” katanya.
Sumber: Harian Metro, mstar