'Sebenarnya memang betul dia telah membuat saya hamil' - Wanita yang sama sekali lagi dakwa dihamilkan oleh pelakon lelaki muda - The Reporter

‘Sebenarnya memang betul dia telah membuat saya hamil’ – Wanita yang sama sekali lagi dakwa dihamilkan oleh pelakon lelaki muda

Sebelum ini seorang wanita mendedahkan dia dihamilkan dan meminta pelakon lelaki muda yang sedang meningkat popular itu tampil bertanggungjawab. Namun, pelakon berkenaan menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan kepada media pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

Tidak beberapa lama selepas kenyataan itu dibuat, wanita terbabit mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang didedahkannya sebelum ini adalah tidak benar dan telah menjejaskan karier pelakon berkenaan.

Bagaimanapun semalam, wanita yang sama sekali lagi tampil dengan dakwaan yang sama dan kali ini bersama bukti.

“Berhenti mengkhianati orang, cukuplah berpura-pura untuk mencari validasi manusia. Sebenarnya memang betul dia telah membuat saya hamil.

“Tapi dia telah memanipulasikan saya dan menjanjikan saya macam-macam serta telah menipu saya supaya dapat membersihkan namanya,” kata pengadu turut menyertakan gambar bukti bergambar ke balai polis bersama peguam pelakon terbabit.

Dalam hantaran di TikTok, pengadu juga berkongsi gambar tangkap layar perbualan WhatsApp mereka yang menunjukkan lelaki itu enggan membuat ujian DNA bagi mengesahkan status bayi yang dikandung.

Sumber: TikTok Aifanbila1

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!