Walaupun pasangan selebriti, Zahirah McWilson dan Aiman Hakim Ridza tidak memberi sebarang respon menerusi kenyataan yang dibuat oleh Fathia Latiff, pasangan berkenaan terus menerus diserang menerusi media sosial Fathia.
Di Instagram story, Fathia seakan mencabar pasangan berkenaan untuk memfailkan saman terhadap kenyataannya. Namun, katanya pasangan berkenaan tidak berani berbuat demikian kerana mereka dikatakan pengecut.
“Saya nak lihat sama ada mereka berani saman saya. Saya berani bertaruh diorang takkan buat macam tu. Sebab apa? sebab diorang losers!” tulisnya.
Sementara itu, ibu kepada Zahirah, Maslinda Yusoff meluahkan rasa sedih dengan tohmahan yang diberikan kepada anaknya.
“Semua ini ujian dari Allah, bersabarlah kak @zahirahmacwilson @aimanhakimridza. Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.
Semuanya fitnah semata-mata, lagi kakak tengah mengandung sekarang. Don’t be sad ok, mama and ayah always here for you,” tulisnya.
Maslinda menyifatkan anaknya memiliki kecantikan luar dan dalam selain memuji anaknya merupakan seoranng anak, isteri dan ibu yang penyayang.
Terdahulu, kenyataan Fathia Latiff terhadap Zahirah McWilson mengejutkan ramai apabila dia menyatakan wajah Zahirah seperti seorang bibik. Dia berkata demikian menerusi maklum balas dari netizen yang meninggalkan komen pada siaran live di TikTok memuji kecantikan Zahirah.
Sumber: Fathia Latiff, Maslinda Yusoff