'Saya tiada hak nak halang dia bersama lelaki dicintainya' - Kantoi curang, suami kahwinkan isterinya bersama kekasih gelap - The Reporter

‘Saya tiada hak nak halang dia bersama lelaki dicintainya’ – Kantoi curang, suami kahwinkan isterinya bersama kekasih gelap

Gambar sekadar hiasan sahaja

Seorang lelaki nekad mengahwinkan isterinya bersama kekasih gelapnya selepas mendapati wanita itu berlaku curang terhadapnya.

Kejadian ‘luar biasa’ itu dilaporkan berlaku di Nardiganj, sebuah perkampungan di India, kehadirannya di kawasan tersebut disedari oleh abang iparnya sendiri.

Abang iparnya kemudian membawa sekumpulan penduduk kampung mencekup wanita terbabit mengunjungi rumah kekasih gelapnya tatkala suaminya berada di luar kawasan.

Lelaki perosak rumah tangga itu yang juga sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, dibelasah tanpa belas kasihan.

Kejadian itu diketahui oleh si suami yang kemudian mengemukakan cadangannya untuk menyelesaikan masalah itu.

Pasangan itu dikahwinkan dalam satu upacara ringkas dan kecil-kecilan di sebuah kuil setempat. Tidak terlintas langsung di hatinya untuk memujuk wanita itu kembali ke pangkuannya. Apatah lagi mengesanya meninggalkan kekasih gelapnya itu.

“Saya tiada hak untuk menghalang dia bersama dengan lelaki yang dicintainya walaupun dia telah berkahwin,” katanya.

Walaupun mereka sudah berkahwin selama tiga tahun dan mempunyai dua cahaya mata, namun jauh di sudut hati si isteri rupa-rupanya masih menaruh hati kepada kekasih gelapnya itu. Biarpun mengetahui dia sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

Video ‘pasangan pengantin baharu’ itu menjalani ritual perkahwinan di hadapan orang ramai tular di media sosial. Pengantin lelaki kelihatan memakai baju putih sambil mencalit sesuatu di dahi isterinya menyebabkan wanita itu menangis.

Tidak diketahui sama ada wanita berkenaan menangis kerana gembira atau terpaksa menanggung rasa malu yang tidak terhingga.

Sumber: Oddity Central

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!