Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan babak panas di bawah meja dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah, terbitan Global Station Sdn Bhd.
Bagi netizen, babak sedemikian tidak perlu dipertontonkan kerana ia tidak sesuai dengan budaya di negara ini. Netizen turut mempertikaikan mengapa pelakon berkenaan dengan sanggup melakonkan babak tidak senonoh itu.
Baca artikel berkaitan: Dakwa ada unsur lucah dalam drama ‘Syurga Itu Bukan Mudah’, netizen minta pihak berwajib pantau drama tempatan
Bagaimanapun dalam temubual bersama Harian Metro, pelakon Amir Ahnaf tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya takut melakonkan babak panas yang keterlaluan kerana mahu menjaga nama baik keluarga
Walaupun begitu, Amir tiada masalah untuk memenuhi apa sahaja babak yang menurut kehendak jalan cerita dan skrip. Bagi Amir, dia bukanlah selebriti yang sanggup melakonkan babak panas untuk meraih populariti.
“Saya akui takut untuk melakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi keluarga. Lagipun saya bawa nama baik keluarga saya.
“Kalau ada babak keterlaluan, saya percaya produksi pun mempunyai kepakaran dari sudut suntingan dan menggunakan teknik kesan kamera,” katanya.
Sumber: Harian Metro