Dakwa ada unsur lucah dalam drama 'Syurga Itu Bukan Mudah', netizen minta pihak berwajib pantau drama tempatan - The Reporter

Dakwa ada unsur lucah dalam drama ‘Syurga Itu Bukan Mudah’, netizen minta pihak berwajib pantau drama tempatan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini drama tempatan telah menerima kritikan ekoran beberapa babak yang dilihat tidak menjaga sensitiviti masyarakat dan agama.

Belum reda dengan isu tersebut, klip drama ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ pula menjadi kecaman.

Drama Syurga Itu Bukan Mudah terbitan Global Station Sdn Bhd dikecam kerana didakwa mengandungi babak lucah.

Menerusi babak tersebut, Amir Ahnaf yang memegang watak Farid dalam keadaan marah meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.

Namun, kesibukannya bukan lah kerana faktor kesibukan kerja, tetapi ‘kesibukan’ dengan seorang wanita yang berada di bawah meja pejabat Amir. Dalam babak yang sama, Amir seterusnya bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang ‘puas’.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana babak sebegini dipertontonkan dan juga hairan dengan kebenaran beberapa pihak yang meluluskan tayangan babak sebegini.

Ibarat menjadi trending,drama sebegini dilihat seperti untuk mendapatkan tarikan ramai penonton. Justeru itu, netizen meminta pihak berwajib meneliti dan menapis segala babak drama yang boleh menyinggung sensitiviti agama dan masyarakat sebelum ditayangkan.

Sumber: Helmi Haqiem

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!