'Saya tak pernah keluar apa-apa kenyataan terhadap Bubblebee & Shuib' - Syazwan | The Reporter

‘Saya tak pernah keluar apa-apa kenyataan terhadap Bubblebee & Shuib’ – Syazwan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, Telegram kontroversi Edisi Siasat mendedahkan luahan ketidakpuasan hati seorang individu yang mendakwa majikan lambat membayar gajinya.

Lebih teruk lagi, pengadu turut mendakwa KWSP juga tidak dicarum. Biarpun telah berulang kali ‘mengemis haknya’ itu, keadaan masih tidak berubah.

Di media sosial, netizen meneka luahan itu berkaitan dengan seorang pelawak yang juga merupakan usahawan.

Menyedari dakwaan itu semakin tular, individu bernama Syazwan tampil menafikan dakwaan kononnya dia mendedahkan perkara itu kepada Edisi Siasat.

“Saya ingin menjelaskan bahawa pihak yang terlibat telah menjelaskan semua bayaran (tertunggak) kepada saya. Isu salah faham di antara kami juga telah diselesaikan.

“Di sini saya tegaskan bahawa, saya tidak ada membuat sebarang aduan di mana-mana platform atau media, termasuk Telegram Edisi Siasat. Semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Edisi Siasat mengenai fitnah ke atas bos Shuib adalah di luar pengetahuan saya.

“Salah faham di antara saya dengan pihak Bubblebee sudah diselesaikan. Gaji saya juga telah dibayar. Mana-mana pihak yang menggunakan gambar dan video saya tanpa pengetahuan saya hendaklah mengambil tanggungjawab penuh ke atas fitnah yang dilemparkan,” katanya menerusi hantaran di akaun TikToknya 20 jam lalu.

Instastory Shuib

Sementara itu, Shuib turut berkongsi kenyataan yang dikeluarkan oleh Syazwan itu di Instastorynya, sekali gus menjawab tuduhan yang tidak berasas tersebut.

Sumber: TikTok Syazwan

Related Posts