‘Penat nak mengemis gaji sendiri’ - Pekerja kedai air popular | The Reporter

‘Penat nak mengemis gaji sendiri’ – Pekerja kedai air popular

Sumber Gambar : Frederick

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu hantaran tular mengenai dakwaan seorang pekerja sebuah rangkaian syarikat minuman terkenal.

Dalam pendedahan tersebut, mereka menyatakan ada tunggakan gaji yang belum dilunaskan dan pihak syarikat selalu lewat membayar gaji selain tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Sentiasa berlaku penyelewengan dan penipuan dalam syarikat.

“Atas payslip ada potongan tapi tidak dicarum. Gaji bulan lima sampai sekarang tidak dibayar,” kata sumber.

Katanya, aduan demi aduan telah dibuat, tetapi tiada tindakan selanjutnya.

Terdahulu, pendedahan telah dibuat oleh bekas pekerja dan juga pekerja syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, pengusaha terbabit mengakui syarikat francais minuman yang diusahakannya itu mempunyai masalah untuk membayar caruman KWSP seperti yang ditularkan.

Dalam pada itu, dia turut menafikan syarikatnya langsung tidak membayar wang caruman tersebut kepada para pekerja.

Pihaknya juga dikatakan telah berbincang dengan pihak KWSP dan bersetuju untuk membayar caruman secara ansuran kerana syarikat mereka mengalami masalah pengurusan kewangan.

Related Posts