'Saya tak mahu dedahkan, tapi saya terpaksa...' - Zahnita jadi mangsa keganasan rumah tangga? | The Reporter

‘Saya tak mahu dedahkan, tapi saya terpaksa…’ – Zahnita jadi mangsa keganasan rumah tangga?

Sumber Gambar: Instagram Zahnita

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setelah mendirikan rumah tangga, selebriti ini sudah lama tidak munculkan diri di kaca televisyen.

Zahnita, yang merupakan seorang bekas peragawati dan juga pelakon dalam Gila-Gila Pengantin Remaja itu kali ini mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menerusi hantaran di Instagram, Zahnita menyatakan dia seboleh-bolehnya enggan mendedahkan perkara tersebut, tetapi dia terpaksa.

“Saya tidak mahu mendedahkan, tetapi saya terpaksa. Ini adalah sebab kenapa saya tinggalkan rumah lama saya. Dan juga menjadi sebab kenapa saya selalu pakai cermin mata hitam,” tulisnya.

Hantaran berkenaan bukan sahaja mengejutkan netizen, malahan beberapa orang selebriti turut bersimpati dengan keadaan beliau.

Sarimah Ibrahim, Sharifah Shahirah dan Daphne Iking antara selebriti yang meninggalkan komen dan bertanyakan keadaan Zahnita.

Zahnita sebelum ini sering menjadi persoalan netizen apabila melihat penampilan beliau yang sering berkaca mata hitam.

Related Posts