'Saya tak mahu anak-anak membesar tanpa kasih sayang bapa' - Diana Danielle rujuk semula dengan Farid Kamil - The Reporter

‘Saya tak mahu anak-anak membesar tanpa kasih sayang bapa’ – Diana Danielle rujuk semula dengan Farid Kamil

Pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle mengesahkan mereka bakal merujuk semula sebagai suami isteri.

Diana berkata, dia dan Farid akan menguruskan urusan rujuk semula itu secepat mungkin mengikut proses di Mahkamah Syariah.

“Kami akan ke mahkamah secepat mungkin, tetapi semua itu perlu dilakukan mengikut proses,” katanya memetik laporan Harian Metro, Sabtu, 16 September 2023.

Menurut Diana, mereka tidak pernah berputus asa dan sentiasa mendoakan untuk hubungan mereka. Namun dalam tempoh idah ini, masing-masing sedang memperbaiki diri dan mencari jalan terbaik untuk rumah tangga mereka di masa akan datang.

“Sekarang kami masih dalam fasa mencari jalan terbaik untuk masa depan. Kami mahu membina kembali yang pernah ada sebelum ini,” katanya.

Tambah Diana lagi, dia tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa kasih seorang bapa, seperti yang pernah dilaluinya sendiri. Diana mahu Farid terus menjadi bapa terbaik buat anak-anak mereka.

‘Saya membesar tanpa kasih sayang bapa. Saya tidak mahu anak-anak lalui perkara sama,” katanya.

Pasangan selebriti itu sebelum ini dilaporkan bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 ekoran tiada lagi persefahaman di antara mereka.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!